Thursday, December 29, 2011

INDAHNYA DUNIA ADA MEREKA SEBAGAI SAHABAT :)

Assalamualaikum,


Mood kali ni nak bercerita pasal kawan2 cik kudud.
Kawan2 terbaik cik kudud ade selama hidup 21 tahun ni.
seriously hidup cik kudud sangat2 bermakna dengan adanya mereka2 ni.
Athirah Zafirah, Nur Laily, Lily Hidahyanti, Ibul Afif, Marlina.
"Wei kalian aku sayang korang semua, korang da macam darah daging aku taw".


Athirah Zafirah a.k.a Cik Rara Kepeng


i love you besties.
.hubungan jarak jauh tak buat kita rase jauh.
. kau selalu dalam hati aku.
.selalu ada bila aku perlukan kau.
.selalu sokong ape aku buat.
.selalu nasihat aku bila aku buat silap.
.kau sikit pon tak kesah walaupun aku bukan kawan yang sempurna.
.terima kasih YA ALLAH kau temukan aku dengan dia.
kawan tercantikku,
thanks sebab menjadi sebahagian dalam hidup aku :)

Nur Laily a.k.a Cik Lolyla Ketot

i love you besties.
.susah nak cari seseorang yang betul2 amek berat tentang kita.
.tapi denga kau, aku dapat rase.
.susah nak cari seseorang yang betul2 ikhlas nak berkawan dengan kita.
tapi dengan kau, aku dapat rase.
.susah nak cari seseorang yang sanggup bersusah senang dengan kita.
tapi dengan kau, aku dapat rase.
kawan tercuteku,
thanks sebab menjadi sebahagian dalam hidup aku :)


Lily Hidahyanti a.k.a Cik Lily Chekmonk

i love you besties.
.kau selalu buat aku tergelak dengan lawak bodoh kau.
kau selalu buat aku tunggu dengan time jawa kau tu.
kau selalu bersusah senang untuk aku.
kau tak pernah berkira dengan aku ape yang kau ada.
kau selalu ade cara nak tolong aku.
kau ni memang macam superwomen aku la.
kawan ku yang manis,
thanks sebab menjadi sebahagian dalam hidup aku :)

Ibul Afif a.k.a Encik Ibul Kusanagi Sticker Restu Ibu

i love you besties.
.susah nak dapat kawan berlainan jantina yang sekepala ngan kita.
.tapi bila kenal kau, aku da jumpa.
.susah nak dapat kawan laki yang sanggup bersusah payah untuk kawan perempuan dia.
.tapi bila kenal kau, aku dapat rasa.
.susah nak dapat kawan laki yang boleh bergosip dengan kawan popuan.
.tapi bila ngan kau, kita boleh bergosip tentang ape jek.
.susah nak dapat kawan laki yang boleh dengar segala masalah kawan perempuan dia.
.tapi kau selalu jek ade bila aku nak citer masalah aku.
.kawan ku yang cool,
.thanks sebab menjadi sebahagian dalam hidup aku :)


Marlina a.k.a Puan Lyna Mummy Rawk

i love you besties.
.kau selalu ada and tak pernah jemu nak nasihat aku tentang kehidupan.
.walaupun kau selalu menyampuk bila aku bercerita.
.bila aku ade masalah kau selalu jek nak tolong.
.kau tak kesah nak dengar cerita2 aku walaupun da berulang aku ulang cerita yang sama.
kau amek berat pasal aku.
even kau da berkeluarga kau ingat lagi pada kawan2 bujang kau.
kawan ku yang cantik,
thanks sebab menjadi sebahagian dalam hidup aku :)

Wednesday, December 21, 2011

hilang respect aku kat kau jantan !!!

Assalamualaikum,

marah + sedih + kecewa + sakit hati + and rase mcm2 sekarang ni.
urghh susah nak cakap.
tapi sumpah aku benci engkau.
engkau da ade makwe.
tp few months ni kau dok mesej2 aku bukan2.
aku sabar jek.
aku tak layan mesej kau.
satu sebab kau bf kawan aku and second memang aku tak ade aty nak layan mesej2 kau tu.
kalau aku layan pon sebab gf kau.
tak pernah ade sebab lain.
oke berbalik pada main story.
kau salu dok mesej aku bukan2.
kau cakap kau rindu aku la and blablabla.
aku tak layan.
sumpah jijik dol.
kau msj aku macam tu belakang awek kau.
then bila ngan awek kau kemain engkau kan.
hipokrit la dol kau ni.
kau msj aku itu ini aku masih boleh sabar.
aku tak layan.
aku ingat bila aku tak layan kau senyap la.
tp tadi kau betol2 buat aku naik hangen.
kau mesej "da 2 mlm mimpi aku, cium aku pelok aku perasaan makin kuat kat aku and blablabla"
aku memang takleh tahan kau dok mesej aku benda2 mcm tu.
jijik kot.
kau sedar la kau tu da de makwe.
depan makwe kemain engkau kan.
pijak semut tak mati.
belakang mcm ptfptfptfptfptfptf*****
then aku rase aku patot stop kan semua ni.
aku minta boyfren aku call kau.
bila kau da kena sound ngan bf aku lain lak kau pusing cerita.
ape kes????
teros kau msj aku "mcm ni la kawan"
aku tak hiraukan mesej kau,
then kau anta lagi mesej kau ckp " sje nak uji aku sbb banyak citer buruk pasal aku"
wtf men.
kau ingat kau sape???
kau ingat aku perempuan mcm mner?
senang2 kau nak judge aku.
pegi mampos la kau.
sumpah aku benci gila laki hipokrit macam kau.
erghhhh memang sial.
kau da buat mcm ni pastu ckp nak harap aku jaga awek kau.
masalah awek kau tu urusan aku ngan die la.
ingat aku jenis kawan tikam belakang ker???
haih aku tak taw la ape masalah kau ni.
awal aku join korang, kau ckp kawan2 kau berebut aku.
bila aku tanya sendiri pada empunya diri dorang takde ape pon.
kenapa kau yang lebih???
aku tak faham la ngan kau.
tp aku sabar jek.
memang tuhan bagi aku kesabaran yang tinggi kot nak layan karenah orang mcm kau.
pastu kau penah mengata dak KL ni mcm2.
kau ckp aku mcm2.
kau ckp aku terok.
so ape masalah kau kalo aku terok sekalipun???
aku menyusahkan kau ker??
penah ker aku ajak kau tido ngan kau??
seteruk aku sesosial aku aku masih taw jaga batas aku ngan laki.
jangan kau sesedap nak judge aku hanya kerana aku dak KL.
jangan sesedap nak judge aku sbb kau tengok aku ni kawan ngan ramai lelaki.
aku nak habak mai kat kau oke,
aku kawan ngan ramai laki bukan sebab aku nak jual body aku kat lelaki tu lelaki ni,
tapi memang hakikatnya aku tak banyak kawan perempuan.
sebab aku perempuan aku taw perangai perempuan.
senang ckp leceh nak kawan ngan popuan.
susah nak buat gurau.
lagi2 perangai aku yang serba serbi over ni.
tp aku tak suka hipokrit.
ape yang korang tengok tu la perangai aku.
kau petik name bekas kawan yang penah rapat ngan aku dulu.
kau ckp budak tu kate aku terok.
and sekarang aku sendri da tanya dak tu,
so nanti kau cakap la ape yang kau cakap pasal dak tu cakap kat aku.
same ke tak dengan cerita kau ni.
aku rase nak ludah jek muka kau sekarang.
tapi aku bagi muka kat awek kau.
sebab awek kau kawan aku.
kat sini aku ade die and beberapa orang kawn jek yang aku boleh harap.
aku respect awek kau.
tp kau sorry la lepasni aku nak respect!!!

# sayang thanks tadi kau da call die and warning dia. kalo x entah bape lame nak tahan ngan perangai die yg konon2 nak uji aku tu. puihhhh kau jantan hipokrit.

--> taip time tgh emo so faham2 jela bahasa orang tengah marah ni '__'

Thursday, December 15, 2011

syukurlah

Assalamualaikum,

syukurlah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi tuhan ni. mujur tiada jiwa melayang mase cik kudud mengalami kemalangan bersama rakan-rakan petang semalam mase on da way nak ke Pantai Puteri. Kejadian berlaku terlalu pantas sampaikan cik kudud tak pasti macam mane kejadian ni berlaku. tetiba je kepala da terhantuk. apa yang cik kudud ingat masa tu cik kudud tengah loya sebab terhidu bau durian (alah pada durian). pastu tetiba keta belakang langgar keta yang cik kudud naik ngan kawan cik kudud. da la kereta yang kami naik dok tengah2. MasyaAllah memang nasib kami baik sebab takde pape berlaku kat kami. tapi kereta kawan cik kudud teruk juga remuk depan belakang. dan ade sorang kawan cik kudud yang naik kereta lain kaki dia macam terkehel. maybe sebab mase kejadian kaki dia kat dashboard and dia plak sebelum ni kaki memang da masuk besi. so dia la teruk skit dari kitorang. kami just bengkak2 sikit la. erghhhh tak sanggup cik kudud nak ingat balik kesah ni.

# akak kereta kancil yang kawan cik kudud terlanggar tu agak kerek sikit.

Thursday, December 8, 2011

stress

Assalamualaikum,


stress
stress
stress

arghhhhhh
memang stress gila la sekarang.
mane nak ngadap assignment.
class yang pack.
quizz yang tah hape2 soalannya.
mane nak fikir course mark utk sem ni.
exam nak dekat satu hape pon study tak masuk otak.
tekanan pasal pesta konvo yang bakal berlangsung lg.

ohhhh GOSH!!!!!
stressnya.....!!!!!!!!!!!!!!

pasal assignment yang melambak ni sume nak kena submit dalam next week. ni sumua gara2 wat last minit la. bukan ape disebabkan satu asgnmnt yg lecturer cik kudud cepatkan masa anta n present tu effect asgnmnt yg lain. perghh ikotkan mmg sakit aty kat lecturer tersebut. gara2 anak dia nak kawen kitorang tanggung azab. ape ke bengongnya org tua tu. haihhh. da la kelas dia sesuka aty dia arrange time nak wat kelas. tak tengok schedule student dia. ade yg ade klas terpaksa la hilang ilmu. die lak xnak ubah kelas dia even da taw clash ngan kelas lain. aku mmg hangen la ngan lecturer aku neh. da la carry mark aku utk subject dia rendah. below 40. adoi. rendah kot. aku risau pasal pointer aku sem ni. minta simpang la. xnak la below 3 pointer. salu dpt 3 pointer and above sem ni tah mcm mne la plak kan. risau gila kot. nak tak nak kena siapkan asgnmnt before monday. mmg tak tido mlm la kan semata2 nak siapkan asgnment. bukan ape cik kudud geram juga ngan sorg group member cik kudud ni. dia tak contribute pon dlm tugasan asgnment kitorang. bila ckp psl org dia pandai lak. laju jek mulut dia. haih padahal dia pon tak contribute 100% dlm asgnment kitorang. tapi carry mark dia tinggi dari kitorang semua. maw tak geram ker??? cik kudud kesian kat group member cik kudud yang lain yang sampai tak tido wat keja. dia buat ape??? tah ape bz sangat dia pon cik kudud tak taw la.

yang sedia maklum taw kan semester ni kelas cik kudud agak pack. so terasa penat la. kelas mlm + kelas ganti. lecturer cik kudud banyak lecturer lua, so class dorg x fix la. sentiasa berubah. penat seyh. ape boleh buat redah jela. da nama student kan. ikotkan hati macam nak quit jek. tapi kalo cik kudud quit study sure parents cik kudud kecewa ngan keputusan cik kudud. lagipon banyak da duit mereka habis bila cik kudud sambung study ni. so walau macam mana cara sekalipun cik kudud kena balas jasa dorang. dengan cara cik kudud berjaya dlm study sekurang2nya dapat buat dorang rasa bangga and rasa berbaloi melabur duit dorang kat cik kudud kan. insyaAllah untuk mak and bapak cik kudud, cik kudud akan buat yang terbaik dan buat kalian bangga dengan cik kudud. cuma apa yang cik kudud perlukan sokongan dari kalian dan doa kalian untuk cik kudud.

quizz??? ohh kemain nak susah quizz yang cik kudud nak ngadap 2,3 minggu ni. sumpah cik kudud hentam sume jawapan. kalo objective bole la main dadu kan. hehe. kalo essay ape nak goreng??? ingat macam goreng mee ker? aiyooo. sebenarnya mungkin tak susah kalo cik kudud baca. tapi cik kudud tak sempat baca pon. takde masa konon. padahal entah ape cik kudud buat la. penat kot. hmmmm. carry mark pon terok. sedih gila.

okey lastly cik kudud tension pasal pesta konvo yang bakal berlangsung. banyaknya kerja yang kitorang sebagai AJK kena  buat. walau ade sesetengah kerja bukan kerja kami. ape AJK lain buat?? HEP buat ape?? goyang kaki just mengarah kami sume. kerja amal je kan. paling kesian classmate cik kudud sorang ni. dia salah sorang HEP. cik kudud tengok HEP yang lain mcm amek kesempatan kat dia. kesian gila kot dia. mana nak fikir asgnment dia, anak dia yang tengah terlantar kat spital lg. dorang ni tak kesian ker??? sila alert. jangan sebab akak ni tak bantah ape korang cakap sume kerja orang lain dia kena buat. and ade juga AJK bawah kwn cik kudud ni tak mainkan peranan. suroh jaga boot mengelak. tapi sijil nak plak. tak fair kan pada yang pagi petang jaga boot. berhasil juga penat lelah kami kan. semata-mata nak dapatkan sijil. huhuhuhu. erghhhhhh kalo ikotkan hati nak jer sound. tapi tadi rasanya cik kudud ade perli dia tapi tak taw la dia terasa ke tak. macam takde pape jek. ape punya manusia la. da la asgnment kau tolong tak tolong je kan. tekanan aku wei ngan kau. sekali dua aku sabar tapi lama2 macam da hilang sabar. huhuhhu.

Wednesday, December 7, 2011

tiba-tiba je kan

Assalamualaikum,

sedih gila kot. hmmmm. cik kudud pon tak faham apa yang terjadi sekarang ni. tetiba rumet cik kudud sorang ni nak tacing kat cik kudud. maybe cik kudud gurau lebih kot dia tak leh terima. hmmmm. tapi mase cik kudud gurau tu bukan dia sorang jek cik kudud gurau macam tu. kawan yang sorang ni bole je terima. biasanya kalo cik kudud gurau dia xde lak amek hati. kenapa tetiba nak terasa sekarang. selama ni  kalo cik kudud ade terasa ngan dia pon cik kudud takde sampai nak tarik muka lama2. da 2 hari kot kami tak bertegur. rasa sunyi plak. salu dia jek yang layan karenah bengong cik kudud.


# babe aku taw kau maybe tak buka pon blog aku. tapi aku nak minta maaf if kau terasa aku gurau lelebih ngan kau. kau jangan la amek hati lawak bodoh aku tu. kalo kau tarik muka kat aku sape nak layan aku punya lawak bodoh??? sape nak dengar sume citer aku lg??? nanti takde sape nak ajak aku makan lagi. perghhh aku rindu kau la.

Tuesday, December 6, 2011

minyak pengasih???

Assalamualaikum,

kesahnya petang tadi kawan cik kudud punya bofie tetiba chat ngan cik kudud kat FB. dia cakap mcm ni " semalam aku mimpi ngan kau" (mimpi ape cik kudud tak taw la) tak nak amek port. die cakap selalu mimpi cik kudud. ape jadahnya??? pastu die cakap dok teringat kat cik kudud dua tiga arini. yang cik kudud hangen gila kan dia cakap " kau ade kasi aku minyak pengasih kerr?? lebih la kan. bukan sekali ni taw dia cakap macam tu. sebelum ni pon pernah dia cakap masa konon2 dia timbulkan desas desus kawan2 dia gilakan cik kudud. cik kudud pantang orang tuduh cik kudud bukan2. ape faedah cik kudud nak kasi dia minyak pengasih?? handsome sangat ke kau wahai mamat??? aku rasa boypren aku lagi handsome kot. dia siap bole cakap wat mase ni tak nak jumpa cik kudud. dia tak dapat nak berhadapan dengan cik kudud. tapi kan memang ada masa kalo pergi mana2 cik kudud tak nak join tapi gf dia ajak juga cik kudud join. selalu kalo pergi makan la. maybe lepas ni cik kudud kena kurangkan masa lepak sekali dengan dorang. bukan ape cik kudud tak nak bila timbul masalah dia pusing cerita. tekanan la nak ngadap situasi macam ni.


# encik hazziq azizan dan kawan2 sekalian yang tahu akan masalah ni terima kasih korang da memberi nasihat dan peringatan yang berguna untuk cik kudud. sayang korang semua wei :)

Saturday, December 3, 2011

video blog

Assalamualaikum.

sekarang ni da macam satu trend pulak demam vlog (video vlog). macam2 cara cik kudud tengok vlog sumone. ade yang menarik and ada yang bosan. and ade beberapa vlog neh yang cik kudud admire sesangat. sumpah cool gila la korang. salute habis kot. sampaikan cik kudud stalker habis sume video yang mereka2 da post. salunya mereka akan post video kat youtube. papepon syabas and teroskan b'vlog buat kalian. sumpah la guys dengan adanya orang2 macam u guys orang2 macam2 aku yang takda keja neh dapat habiskan masa tonton video yang korang hasilkan. and secara tak langsung dapat la bantu orang2 macam aku kan dalam urusan seharian. ada sesetengah video yang kalian hasilkan punyai mesej yang berguna untuk orang2 macam aku.


antara vloger yang mendapat carta d'aty aku ;)

 http://www.youtube.com/matluthfi90

http://www.youtube.com/user/IniAnwarHadi

 http://www.youtube.com/user/shortnap

# sumpah korg cool gila kot. suka suka suka korg ;)

Sunday, November 27, 2011

Photoshoot at Kg Morten

assalamualaikum,


entry kali ni cik kudud nak selitkan gamba2 yang sempat d'snap mase sesi photoshoot bersama kawan2 cik kudud. atceli banyak lagi kot gamba yang da d'snap tapi photographer tak edit habis lagi. so ni jela yang dapat cik kudut share dengan kalian semua. maybe this is the best. 






date : 26th November 2011
vanue : Kampung Morten, Melaka Bandaraya Bersejarah
photographer : Arman Syazwan
model : kami ;)




































































#  wahai arman cik kudud nak minta gamba cik kudud yang bersorangan. sekian terima kasih ;)

Happy Birthday Besties



happy birthday to u,
happy birthday to u,
hapy birthday,
happy birthday,
happy birthday to u.

babe,
happy birthday. 
sweet 21th babe.
 hope kau selalu tabah dalam menjalani kehidupan.
 heeeee tak sedar kan cepat tol mase berlalu. 
dari zaman kita tak matang sampailah kita da menjadi sikit matang kau tetap bersama aku.
 and macam tu juga aku.
 dulu kita main tulis2 surat. 
orang lain ade???
 kita je ade kan. ;) 
walaupon kita terpisah jauh beratus-ratus KM tp terasa mcm kita tak pernah jauh. 
seriously babe if i can make a wish aku nak kita salu ade sama2 macam dulu.
 mane ade kau kat situ ada aku
. hope lepas kita grad kita dapat mengajar satu sekolah yang sama.
 mesti best kan.
 oke aku tak nak cakap banyak terasa touching lak tengah hari buta ni.
 






# harap kau suka dengan video neh. saja suka2 buat. sorry kalo hasilnya terok. neh 1st time aku buat ;)

harimau muda vs bahrain

assalamualaikum,
di kesempatan ni cik kudud nak wish good luck tok sume pemain harimau muda.
buat yang terbaik game menentang bahrain ni.

buktikan malaysia bolehh!!


# sedih sebab x dapat tengok live kat stadium. tak dapat merasa kemeriahan gila bola. ;(


# i'm dedicate diz song to all harimau muda player ;)

Saturday, November 26, 2011

pasal mimpi je pon.

# semalam penat sangat kot. walaupon da tido petang tapi malam lepas balik keluar makan cik kudud tido awal. tak online pon sebelom tido. baru gak lelap rasanya cik kudud mimpi kucing. untuk makluman blogers sekalian cik kudud agak seram sejuk & geli pada bulu kucing. dalam mimpi tu kucing tu ta habis2 nak ikot cik kudud. sebelom terlupa ni mungkin gara-gara masa rumet cik kudud keluar pi toilet dia tak tutup pintu. then tersedar ada kucing masuk. pastu sebab tu boleh mengigau and bawak ke mimpi. yang kelakar cik kudud tengah tido lepastu dengan tetiba jerit ade kucing. rumet cik kudud da gelakkan cik kudud, tapi cik kudud wat  selamba dan sambung lak misi tido. hehehhehehee.



# BFF cik kudud Laily Jamali datang amek cik kudud naek kereta avanza dia. masa nak pegi tempat yang di tuju tu banjir lak. tapi dia selamba je jalan even banjir. yang hairan kereta dia takde pape. heehhhehe.



# ni mimpi pagi tadi pulak, si dia datang dukung seorang budak lelaki ( anak buah die kot ) pastu si dia cakap nak break off dengan cik kudud. tapi belom sempat dia habiskan ayat dia tu cik kudud masuk umah tutup pintu. tetiba lak nak mimpi macam tu. tak suka tak suka tak suka. mimpi mainan tido je kan. hope so.. hmmmmmmm.  * lepas dapat mimpi ni cik kudud terus bangun gi basuh baju. padahal baru pukul bape. takde sorang manusia bangon lagi agaknya kat ostel time tu. sunyi je masa tu.

Friday, November 25, 2011

permulaan cerita

assalamualaikum,
cik kudud is back.
lame giler la kan rasanya x update entry baru dlm blog yg suram neh.




ehemmmmmmmmmmmmm...
da b'muka baru page cik kudud.




--->  entah kenapa jari jemari cik kudud terasa janggal nak berlari-lari pada papan keyboard lappy neh.
maybe dah ketandusan idea utk b'kongsi cerita. faham2 jelah bila da lame tak d'asah memang macam ni lah jadinya.


--->  sebelom cik kudud terlupa salam takziah buat BFF cik kudud Laily Jamali d'atas kepergian almarhumah nenek beliau. setelah lama sakit akhirnya Allah jempot juga almarhumah nenek beliau. semoga roh almarhumah tenang d'sisi Allah. to bff ku cik lolyla maaf babe aku tak dapat datang melawat. even aku kat KL td tapi aku ade event under u aku. tak dapat nak elak   ;(


--->  and masih tak terlambat rasanya cik kudud nak ucapkan jutaan tahniah untuk pasukan Harimau Muda d'atas kejayaan mereka memenangi pingat emas dalam acara bola sepak Sukan Sea yang berlangsung di indonesia baru2 ni. syabas buat kailan semua. p/s : terselit juga rasa bangga sebab kenalan cik kudud Mahali Jasuli mewakili Malaysia. what can i say, i'm speechless n akibat penangan bola habis suara jantan cik kudud terkeluar. perit naaa rasa tekak sekarang ni. tapi tak kisahlah janji malaysia da menang and even malaysia da kalah lawan syria dalam kelayakan olimpik sokongan padu cik kudud tetap bersama kalian harimau muda dan d'harap kalian dapat menggalas misi menentang bahrain ahad  ni (27/11/2011) dengan baik. go go chayok . ;D ♥ ♥


--->  lately cik kudud kerap tak sihat. nak pi jumpa doktor takut. dok diam2 jela. adelah cik kudud tanya pada kazen cik kudud yang taw pasal bidang perubatan ni tentang sakit yang cik kudud rasa ni. dia cakap maybe cik kudud kena urinary tract infection (UTI) masalah jangkitan kuman kat sistem kencing. cik kudud risau juga if kena batu karang ke hape sbb pinggang cik kudud sakit bile nak buang air kecik.atceli tah la. sejak 2 menjak ni memamng rase lain macam la.tapi malas nak amek peduli.maybe sebab penat lagi kot. jadual kuliah cik kudud pack giler.


--->  i miss u dear. masok arini da dekat 10 ari kot si dia mendiamkan diri. since cik kudud minta break dia takde contact cik kudud. puas cik kudud text dia and call dia tapi tak dapat. mula2 rasa nak mengamok juga tapi bila ingat dia kat manila sekarang terpaksa tahan la. mujurlah even tak dapat contact still dapat tengok dia and taw perkembangan dia even tak banyak maklumat yang cik kudud taw. kebetulan ade la salah sorang family dia add cik kudud kat FB. sis Vyang Salbayani Sakandal. so bile sis ni upload new picture kat profile die cik kudud bole la tengok dia. hilang sikit rasa rindu. terasa noob giler la sebab cik kudud minta break ngan dia. selama neh bila dia nak break cik kudud yang beriya tak nak lepaskan dia. tapi masa toh memang cik kudud terasa. masa cik kudud perlu dia sangat2 tok beri sokongan moral kat cik kudud dia tak pernah ada bersama cik kudud. bila cik kudud call dia macam mengelak. as a human being cik kudud pon ade perasaan kan. bukan ape cik kudud takot dia kembali pada perangai lama dia. lama kot cik kudud tunggu dia berubah. lama kot cik kudu harap dia dapat buat cik kudud rasa d'hargai. tapi bila da dapat rasa sekejap nikmat bahagia bersama si dia yang cik kudud sayang tetiba ade lak maslah.  p/s : sis i'm sorry coz i'm steal his picture from ur profile without permission lak. siap letak kat header blog lagi toh. terok gila. i'm sorry ;(


# mata sangat ngantok saat ni tapi fikiran dan hati menerawang kat kota manila. rendu seyh kat dia. apa agaknya die buat kat sane? die ade terfikir pasal aku ker? ade ker die rendu aku seperti mana aku rendu kat die? ya tuhan tolong sampaikan pesan rindu aku kat dia. teringin sangat nak tengok dia gelak2 macam selalu.

Thursday, November 24, 2011

i wish i ......

If I could have just one wish,
I would wish to wake up everyday
to the sound of your breath on my neck,
the warmth of your lips on my cheek,
the touch of your fingers on my skin,
and the feel of your heart beating with mine...
Knowing that I could never find that feeling
with anyone other than you.

- Courtney Kuchta -

dunia baru

segala yang lama sudah d'delete.
hope everything will be oke ;)






my new site ;)