Friday, May 19, 2017

Sahabatku Ika Hazarul



Ika Hazarul
1990-2017
Al-Fatihah
Semoga Allah merahmatimu sahabat.
Rehatlah dikau disis Allah

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

( korus )
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

( korus ) Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati




Thursday, May 18, 2017

Cik kudud E-day

Alhamdulillah tanggal 29/4/2017 status ku bertukar.
Kini menjadi tunangan orang. 
Siapa sangka percaturan Allah indah sekali. 
Syukur ditemukan dengan si dia yang cukup sabar melayani setiap karenahku.
Semoga segala yang dirancang sempurna hendaknya.  Amin.

Wednesday, May 25, 2016

CINTA,
Datang lagi saat aku benar2 ingin pergi jauh darinya,
Setelah si dia yang dulu pergi, aku tutup hati untuk cinta yang baru.
Jauhi diri dari segala hal.
Nah nyatanya aku takot untuk jatuh cinta lagi
aku cuba hindari perasaan aneh yang menyinggah,
lebih tepat lagi aku bukan takot untuk jatuh cinta,
tapi aku takot aku bakal kecewa lagi
perit cukup perit apa yang aku rasa.
takot untuk tenggelam dalam kesedihan.
aku takot dengan segala risiko yang harus ku tempuh andai aku pilih untuk jatuh cinta lagi
makanya lebih elok aku hindarkan saja perasaan ini.
Aku memilih untuk bersendiri,
Aku yakin aku mampu menghadapi segalanya dengan sndri.
Namun semakin lama tak tahu kenapa semakin aku rasa kesunyian.
Aku mula bosan dengan kesunyian ini,
Aku mula sedar aku menginginkan seseorang menemani hariku.
Namun sukar Ku luahkan.

Kini kamu hadir lagi
namun entah kenapa sukar untuk aku akui rasa itu sememangnya pernah hadir,
Tapi sengaja aku menidakkan.
Aku sendiri keliru antara suka atau takot
Aku tahu kamu kecewa.
Kamu menjauh, makin menjauh.
Biarlah andai namamu yang tertulis sejak di luh mahfuz nescaya Allah akan menggerakkan hati keduanya andai tiba masanya kelak.

Sunday, May 22, 2016





"If you choose to stay please stay, if won't please go. I'm simple"

Bila mana kau semakin meningkat usia, malas da nak fikir orang yang choose not to be a part in ur life. Tak perlu nak begging for them to stay. Let them be what they want be. The best will stay. Bukan nak kata yg pergi tu x best. Most important from my side aku da cuba lakukan yg terbaik. 

Don't bother what people talk bad behind you. Dorang tak penah tahu and takkan faham apa seorang kudud da lalui. Let's me myself keep and Allah know apa yg aku da lalui.

In my life aku da jumpa ramai org. Da ramai cuba nak close but once ko makin close and you see my bad, all my flaws kau akan slowly benci aku and finally kau akan pergi. Da banyak aku jumpa org mcm ni. Takpe u the one who right to choose the right one for ur own, brother.  So seorang kudud da biasa sbnarnya org buat like an option. Teruskan sebab probability kudud nak jumpa yg the right one makin sampai ending. 

 

Tuesday, May 17, 2016

KAHWIN

            Bila cakap soal nikah kahwin ni satu benda yang bole aku cakap sama jer kita pertaruhkan diri dan hidup kita dalam satu mainan Judi. Untung nasib bole la hidup happily ever after. Malang nasib bercerai berai la dipertengahan jalan. 
              Nak nikah kahwin ni memang simple , tapi salunya kita yang buat dia jadi payah. Ada wali,saksi,pengantin laki and pengantin perempuan, tok kadi (kalo ada salah betolkan ye) cukup rukun nikah kahwin dan sah disisi Islam sudah ler. Islam ni mudah. Tp salunya masyarakat tu sndri yg buat dia jadi payah.
             Kalo ada kwan2 yg belom menikah tu toksah la dok tanya soklan "ble nak kahwin" kalo bole suara nak riuh biar semua org dgr soklan tu. Apa kau fikir org2 yg masih bujang ni nak terus membujang ke?? Jauh di sudut hati mereka pon nak juga ada suami/ isteri ada anak2. Tp mungkin Allah belom temukan jodoh beliau. Jangan diejek. Jaga la skit pasaan beliau. Kita tataw apa yg beliau lalui. 
            Jangan fikir bila kita da menikah da kahwin semua benda akan jadi mudah. Sebenarnya tu la permulaan cabaran dalam hidup kau. Lepas kahwin tu la tanggungkawab kau da jadi makin berat. Social life kau akan berubah 200%
             Sebagai sorang isteri kau da kena fikir mcm mana nak bahagiakan suami kau, mcm mana nak taat suami kau, semua benda yg kau buat nak kena minta restu suami. Once suami x redha apa kau buat, balasan Allah kat akhirat tu menanti. Sebagai sorg isteri jaminan nak masuk syurga tu sgt mudah. Dengan mentaati suami. In future kau kena didik anak2 kau. Jaga maruah suami kau. And sebenarnya banyak lagi kalo nak hurai.
            Sebagai sorg suami pulak tanggungjawab kau paling byk. Tp jangan pulak da jadi suami tanggungjawab kat ibu bapa kau sndri kau abaikan. Kebahagiaan isteri , sediakan tempat tinggal and makan isteri, bagi nafkah kat isteri, didik isteri dan anak2. Cari rezeki yang halal tok isteri dan anak2. Dan sebagainya. Tp sbgai sorg anak jgn lupa tanggungjawab kat ibu bapa. 
Isteri kena faham syurga suami masih di telapak kaki ibu. Byk benda kita nak kena give and take sebab perkahwinan melibatkan dua pihak. Kalo xleh nak kompromi hubungan tu mungkin xleh nak berkekalan.  Seeloknya muhasabah diri dlu sebelum buat keputusan adakah kita yakin kita da ready untuk galas tanggungjawab sbgai sorg isteri atau suami. 
            Skg ni da tak perlu nak amek hati sangat dengan mulut2 puaka yg dok perli nape kau tak kahwin kau tak laku dan sebagainya. Biarkan mereka. Kita yang nak lalui tu semua nnt. Erkkk lg satu lupakan lah semua pasal kau punya relationship goals and whatever kalo kau sndri pon hanging. 
             Aku mungkin bujang pada saat ni sebab aku mmg tunggu sorg laki yang dia tau apa dia nak. If aku tanya in future sapa dia and dgn confident dia leh bgtaw aku sapa beliau pada saat tu. Laki yg ada cita2 tgi. Biar x kaya yg penting kuat berusaha tok ubah nasib. Biar tak hensem yg penting aku the only one choice dia ada. And paling penting effort dia tok tawan hati fmly aku. Once aku da bawak kau jumpa fmly aku kau faham2 la. 

Monday, May 16, 2016

SPAGHETTI CARBONARA BY CHEF KUDUD !

Hye peeps, last Saturday aura kerajinan cik kudud datang so kita main masak2 la aritu.
balik keja terus mulakan project main masak2. aritu tataw kenapa tekak teringin benar nak makan spageti carbonara. tp nak makan masak sndri. hehhehehhee. mcm2 mengidamnyer pun padahal bukan makan sgt, tp seronok and rasa bahagia bila adik kata sedap and kwn pon ckp sedap.
so ni cik kudud baik hati nak share resepi. Dont follow me 100% . Sebabnya mood masak salunya main campak and manfaatkan barang yg ada kt umah.
diharap bermanfaat tok semua yang membaca :D
Okay first thing nak share pasal bahan2 yang diperlukan untuk menjayakan projek kita ni. 



  1. Minyak zaitun (guna untuk menumis)
  2. Susu segar (iols guna HL jer)
  3. Lada sulah/Lada hitam (iols guna lada sulah jer sebab sosej beli yg blackpapper)
  4. Oregano (acah2 Italian sangat)
  5. Mushroom soup (beli instant jer)
  6. Kiub ayam Maggie
  7. Cheese
  8. Tomoto cherry (hiasan jer)
  9. Hot dog/isi ayam/daging hancur (ingat nak letak isi ayam tp lmbt pulak nak lembut. Malas iols nak tunggu)
  10. Bawang Holland - hiris dadu
  11. Cili padi - potong kecil
  12. Bawang putih - cincang halus
  13. Cendawan butang (iols beli yg dlm tin je)
  14. Spaghetti (gmbr lupa snap. Kalo x taw ghupa spaghetti cer korg search Google ye)
  15. Sedikit tepung gandum/tepung jagung (untuk pekatkan kuah)
  16. Sayur Brokoli (optional) nak letak bole tak nak pon takpe.



  1. Sosej blackpeper yg iols da potong kecik2 tok dijadikan isi dalam sos carbonara iols.


  1. Ni rupa cendawan butang. Hiris halus. Senang nak makan nnt. Jangan cakap iols tak bagitau yer.


  1. Tadaaaaa ni la rupa sos carbonara yang da siap tu. Cukup berlemak. Adik cakap sedap, one of my girlpreng dr GMJ pon kata sedap. Hehehehhehe. Satisfied sangat first try dapat pujian.
Okay jom Cik Kudud share cara nak masak spaghetti carbonara tu ala2 chef Kudud. Cheeeewahhhh.hehehheheeh.

Cara2 :
  1. Rebus spaghetti lebih kurang 20min atau sehingga korang agak2 spaghetti tu da lembut. Jangan lupa letak sedikit minyak and garam.
  2. Bawang Holland, bawang putih and cili padi tadi kupas. Bawang holland potong dadu,bawang putih cincang2 je. Cili potong la kecik2. Ni semua bahan untuk nak menumis yer.
  3. Kemudian masuukan cheese, kacau sehingga cheese cair
  4. Selepas tu masukkan susu segar dan mushroom soup. Kacau sehingga sebati.
  5. Masukkan sosej yang telah dipotong dan sayur brokoli. Masak sehingga mendidih.
  6. Perasakan dengan oregano,lada sulah,lada hitam.
  7. Akhir sekali amek tepung gandum yang telah dibancuh dengan air. Fungsinya untuk memekatkan sos carbonara kita jer. Kacau agak2 da mendidih bole la tutup api tu.


Ni la rupa spagheeti carbonara cik kudud.


SELAMAT MENCUBA  :D


Monday, May 9, 2016

move on !



Hi peeps, Kudud here. Hope semua baik2 aja. What topic kita nak Bebel arini ye???? Okay aritu ada la cik Kudud terbaca member post soal move on. Heeeee. So nak share from my opinion. 

Moving on tak semudah yg semua org fikir. For those yg da mengalami je yg faham pasaan tu. Sakit and perit sangat wei. Masa tu kau akan terduduk. Fikir panjang kenapa hubungan ni tak menjadi. Kalo cik kudud la first week tu bole cool lg. Then after that mula ble teringat je otomotik kau akan menangis sndri. Sedeyh weyyy bertahun2 kau dgn dia. Mcm2 kenangan kau dgn dia. Nak lupa dia bukan mudah. Maybe ada la yg arini putus kasih esok lusa da ada kekasih baru.  Depends la kot kat hati masing2. At the moment semua benda kau buat jadi serba tak kena. Kau akan mengasingkan diri dari semua orang. 

Lucky me ble tgh frust menonggeng dlu my girlpreng salu ada motivate and ceriakan iols. So from that cik Kudud kuat. Ada kwn yg sentiasa jadi pendamping. First sekali ble jd mcm ni either we want to stay with the sadness and frustration atau kita nak move on and teruskan hidup kita. Yeapp it's not easy like ABC. Hahahhaha. Takes time la kan. Tp in shaa Allah. 

First thing is ingat tuhan. Dekatkan diri ngan tuhan. Dikhuatiri kalo kita terlalu terperuk dengan kesedihan kita buat something yang tak spatutnya. Da byk kes yang mana ble tak dpt sgt kawal emosi buat benda bodoh. Da ramai amek jalan mudah tok lupakan kesedihan dengan cara merosakkan diri sendiri. Ada yang amek dadah, try to commit suicide, try amek alkohol and mcm2 benda la.  Seram kalo difikirkan sedalamnya. Why not kita renung balik hubungan kita dengan Allah. Minta tolong Allah redhakan hati kita dengan setiap takdir perjalanan hidup kita. In shaa Allah setiap yg Allah rancangkan untuk kita adalah yg terbaik buat kita. Allah tak kejam even kita selalu lupa dia.  Ruang kemaafan Allah tuk hamba2nya luas.

Second important tok kau move on kau kena dekatkan diri dengan family kau. Tilik balik hubungan kau dgn fmly. Most of us lebih penting kan bf dr fmly. Dlu time ada bf laju je kalo bf ajak g mana2 suruh buat apa2. Tp kalo parents atau adik beradik ajak or suruh kita malas sgt. Pasan tak kita terlalu menjaga hati and amek berat pasangan kita tanpa sedar kita abaikan family Masa ni la kita nak baiki hubungan kita dgn fmly terutama parents and adik beradik. Banyakkan aktiviti bersama mcm kua mkn2 ke tengok wyg ke g jalan2 sme2 ker. Kita kena ingat fmly adalah manusia2 yg akan tetap stay ngan kita mcm mana pon keadaan kita. So pls appreciate ur beloved fmly guysss.

Next is friend. yeahhh pada Cik Kudud sndri friend is the greatest influences dlm hidup kita. kdg kalo mak ayah atau adik beradik ckp kita susah nak terima. Tp bile smpai kwn kita ckp senang pulak kita nak accept. sebab tu cari kawan yang berguna. dont bother about quantity. quality tu yang penting. kwn yg baik dia akan sentiasa menasihati kita untuk satu benda yang baik tok kita. salu ada tok masa2 sedih,susah and ketawa kita. im the lucky one sebab masa frust dlu kwn2 sentiasa ada tok happykan blk cik kudud. so that cik kudud tak terlalu memikirkan benda yg da berlalu tu.

Cik Kudud ingat lg masa tgh rawat hati tu, time tu la cik kudud aktif blk hobi cik kudud dgn sukan extreme. i means cik kudud sentiasa penuhkan jadual cik kudud dengan banyak aktiviti berfaedah. masa ni la cari geng gi hiking, salu join kerja2 amal kat kolej or masa ni juga cik kudud spent banyak masa try buat benda baru yg tak pernah cuba. blaja nak jadi chef. blaja dengan en google. cuba resepi baru yg tak pernah buat pon. experiment yg kdg berjaya kdg hampeh ni la buat cik kudud lupa kejap masalah cik kudud, seronok ble jamu org mkn then dapat pujian. ehehehhehehe

sebenarnya banyak benda kita leh wat. guyss pls love yourself before u love others. tu la mampu kata tok kata2 terakhir sebelum berunduur.

Monday, April 25, 2016

GMJ bachelor party !

Hi guys harini saja nak share pasai sayang2 Cik Kudud. Well as know as Geng Mak Jemah. My bff dunia akhirat in shaa Allah. Alhamdulillah dekat 15 tahun berkawan and still counting. Dulu salu kata harap dapat kawan sampai masing2 da bertongkat tp now friendship goal harap dapat kawan smpai syurga. Hehehehhehe. Bukan mudah nak jumpa kwn yang time sedih, gembira,senang, susah sanggup ada ngan kita dalam apa jua situasi. Terima kelemahan kita, terima buruk kita and salu bagi sokongan and kata2 membina. Alhamdulillah gmj ada semua tu and mungkin sebab tu kami masih kukuh sebagai sahabat. Thanks Allah and thanks to gmj sbb setia dengan cik Kudud. Love you guyss.
Last Wednesday on the 20th April 16 dapat la spent time kejap dengan gmj. Bachelor party sangat katanya. Kunun2 nak meraikan sahabat yang tengah pregnant and baru lepas bersalin. Hehehehhehe. Plan tak menjadi sangat pon. Apa2 pon we all enjoying our time together even kejap. Thanks tok lyna sebab belanja makan. Thanks tok Laily for the cake. Aku mampu buat props yang tak berapa menjadi. Tak sabar tok next meet up pulak on the laily ketot bachelorette party sebelum dia menikah. :)



Saturday, April 23, 2016

Allah rindu !


Dan bila tiba2 datang perasaan sebak yang kau tak tahu apa punca. Mood jadi down sangat.  Rasa nak menangis. Nak luahkan kat seseorang tapi tataw siapa yang kita nak luah. Cuba untuk tidak terlalu memikirkan perasaan gundah di hati. Cuba pujuk diri untuk buat aktiviti yang dapat lupakan perasaan yang tak menentu ni. Tapi Malang tiada sorang pon yang ada untuk kau. 
Dan pada saat tu makin berguguran air mata kau. Allah....kenapa Kudud ! Takda apa tiba2 nak moody. Hmmmmm..
Dan kemudian aku terbaca satu perkongsian yang menarik.
*********************************************

Kenapa tetiba ada sedih?

Nak kongsi dulu suatu tazkirah 'manis' yang dikongsi sahabat melalui whatsapp ni;
***********************************************************
Allah rindu tu 
* pernah tak tiba tiba rasa sebak ? 
pernah tak tiba tiba rasa sedih ? 
* pernah tak tiba tiba rasa rindu ?
Tapi semua tak tahu kenapa . Tak tahu sebab apa .
Sayang sekalian . Itu tanda nya Allah rindu . Allah rindu rintihan doa dan hajat kita . Cuba ingat balik . Bila kali terakhir kita bermunajat sepenuh curahan hati kita pada Allah ?
semalam ? 
kelmarin ? 
minggu lepas ? 
tak pernah langsung ?
Allah . Allah .. 
sayang . 
Bila tiba tiba rasa nak menangis . Sebak rasa macam tak kena . Ingatlah . Allah sedang rindu akan kamu .
Mungkin dengar nasihat, rasa teruntun hati tu . Padahal takde ayat touching pun . Tapi kita yang over over nak rasa sebak pulak . 
No no . Itu rasa Allah yang bagi .
Cuba kalau .
Rasa sedih sebak nak menangis . 
Kita cepat cepat pergi toilet . 
Carik kepala paip . Bukak paip . 
Mandi ? Tak . 
Amik wudhu' . Masa amik wudhu tu hayati setiap titisan air yang jatuh pada anggota wudhu . Konfem makin lebat hujan air mata . Sebab ape ? Sebab nak pergi jumpa Allah ni .
Hamparkan sejadah . Solat lah . Doa lah . Minta lah . Allah dengar . Allah rindu tu . Sebab tu Allah bagi rasa sedih tu .
Nah . Lepas siap mengadu . Mesti rasa lega . Sebab Allah dah dengar rintihan kita . Bersyukurlah kerana masih ada yang sayang .
Sayangg.. 
walaupun tiada bahu untuk bersandar untuk melepaskan rasa sedih kecewa marah ,, 
tapi . 
Kita masih ada lantai untuk bersujud . Kita masih ada Allah untuk di adukan segala masalah .
Okay . Jangan sesedih lagi . 
La tahzan . Innallaha ma'ana .
**************************************************************
Betulkan, ada masa-masanya tetiba sahaja kita rasa sedih, sebak nak nangis padahal dalam hati masa tu, 'eh aku boleh je lalui semua ni, boleh' tapi entah kenapa, nak jugak keluar airmata.. kadang-kadang tu dah memang kat sejadah, sebelum solat atau selepas solat, apa lagi, mengadu la. Jangan ego. Takperlu rasa ego, konon kuat akhirnya taknak mengadu. Mengadu je. Kadang-kadang tu struktur ayat pun ke laut sebab hati lagi cepat mengadu daripada lisan. Tambah dengan airmata lagi... tapi betul kan, lepas tu rasa ok balik. Macam lupa pulak ada masalah yang menyerabutkan tadi :D
Dah yang penting jangan ego.
Terutama sekali jangan ego dengan Allah :-)

Friday, April 22, 2016