Saturday, April 23, 2016

Allah rindu !


Dan bila tiba2 datang perasaan sebak yang kau tak tahu apa punca. Mood jadi down sangat.  Rasa nak menangis. Nak luahkan kat seseorang tapi tataw siapa yang kita nak luah. Cuba untuk tidak terlalu memikirkan perasaan gundah di hati. Cuba pujuk diri untuk buat aktiviti yang dapat lupakan perasaan yang tak menentu ni. Tapi Malang tiada sorang pon yang ada untuk kau. 
Dan pada saat tu makin berguguran air mata kau. Allah....kenapa Kudud ! Takda apa tiba2 nak moody. Hmmmmm..
Dan kemudian aku terbaca satu perkongsian yang menarik.
*********************************************

Kenapa tetiba ada sedih?

Nak kongsi dulu suatu tazkirah 'manis' yang dikongsi sahabat melalui whatsapp ni;
***********************************************************
Allah rindu tu 
* pernah tak tiba tiba rasa sebak ? 
pernah tak tiba tiba rasa sedih ? 
* pernah tak tiba tiba rasa rindu ?
Tapi semua tak tahu kenapa . Tak tahu sebab apa .
Sayang sekalian . Itu tanda nya Allah rindu . Allah rindu rintihan doa dan hajat kita . Cuba ingat balik . Bila kali terakhir kita bermunajat sepenuh curahan hati kita pada Allah ?
semalam ? 
kelmarin ? 
minggu lepas ? 
tak pernah langsung ?
Allah . Allah .. 
sayang . 
Bila tiba tiba rasa nak menangis . Sebak rasa macam tak kena . Ingatlah . Allah sedang rindu akan kamu .
Mungkin dengar nasihat, rasa teruntun hati tu . Padahal takde ayat touching pun . Tapi kita yang over over nak rasa sebak pulak . 
No no . Itu rasa Allah yang bagi .
Cuba kalau .
Rasa sedih sebak nak menangis . 
Kita cepat cepat pergi toilet . 
Carik kepala paip . Bukak paip . 
Mandi ? Tak . 
Amik wudhu' . Masa amik wudhu tu hayati setiap titisan air yang jatuh pada anggota wudhu . Konfem makin lebat hujan air mata . Sebab ape ? Sebab nak pergi jumpa Allah ni .
Hamparkan sejadah . Solat lah . Doa lah . Minta lah . Allah dengar . Allah rindu tu . Sebab tu Allah bagi rasa sedih tu .
Nah . Lepas siap mengadu . Mesti rasa lega . Sebab Allah dah dengar rintihan kita . Bersyukurlah kerana masih ada yang sayang .
Sayangg.. 
walaupun tiada bahu untuk bersandar untuk melepaskan rasa sedih kecewa marah ,, 
tapi . 
Kita masih ada lantai untuk bersujud . Kita masih ada Allah untuk di adukan segala masalah .
Okay . Jangan sesedih lagi . 
La tahzan . Innallaha ma'ana .
**************************************************************
Betulkan, ada masa-masanya tetiba sahaja kita rasa sedih, sebak nak nangis padahal dalam hati masa tu, 'eh aku boleh je lalui semua ni, boleh' tapi entah kenapa, nak jugak keluar airmata.. kadang-kadang tu dah memang kat sejadah, sebelum solat atau selepas solat, apa lagi, mengadu la. Jangan ego. Takperlu rasa ego, konon kuat akhirnya taknak mengadu. Mengadu je. Kadang-kadang tu struktur ayat pun ke laut sebab hati lagi cepat mengadu daripada lisan. Tambah dengan airmata lagi... tapi betul kan, lepas tu rasa ok balik. Macam lupa pulak ada masalah yang menyerabutkan tadi :D
Dah yang penting jangan ego.
Terutama sekali jangan ego dengan Allah :-)

No comments :

Post a Comment