Monday, May 16, 2016

SPAGHETTI CARBONARA BY CHEF KUDUD !

Hye peeps, last Saturday aura kerajinan cik kudud datang so kita main masak2 la aritu.
balik keja terus mulakan project main masak2. aritu tataw kenapa tekak teringin benar nak makan spageti carbonara. tp nak makan masak sndri. hehhehehhee. mcm2 mengidamnyer pun padahal bukan makan sgt, tp seronok and rasa bahagia bila adik kata sedap and kwn pon ckp sedap.
so ni cik kudud baik hati nak share resepi. Dont follow me 100% . Sebabnya mood masak salunya main campak and manfaatkan barang yg ada kt umah.
diharap bermanfaat tok semua yang membaca :D
Okay first thing nak share pasal bahan2 yang diperlukan untuk menjayakan projek kita ni. 



  1. Minyak zaitun (guna untuk menumis)
  2. Susu segar (iols guna HL jer)
  3. Lada sulah/Lada hitam (iols guna lada sulah jer sebab sosej beli yg blackpapper)
  4. Oregano (acah2 Italian sangat)
  5. Mushroom soup (beli instant jer)
  6. Kiub ayam Maggie
  7. Cheese
  8. Tomoto cherry (hiasan jer)
  9. Hot dog/isi ayam/daging hancur (ingat nak letak isi ayam tp lmbt pulak nak lembut. Malas iols nak tunggu)
  10. Bawang Holland - hiris dadu
  11. Cili padi - potong kecil
  12. Bawang putih - cincang halus
  13. Cendawan butang (iols beli yg dlm tin je)
  14. Spaghetti (gmbr lupa snap. Kalo x taw ghupa spaghetti cer korg search Google ye)
  15. Sedikit tepung gandum/tepung jagung (untuk pekatkan kuah)
  16. Sayur Brokoli (optional) nak letak bole tak nak pon takpe.



  1. Sosej blackpeper yg iols da potong kecik2 tok dijadikan isi dalam sos carbonara iols.


  1. Ni rupa cendawan butang. Hiris halus. Senang nak makan nnt. Jangan cakap iols tak bagitau yer.


  1. Tadaaaaa ni la rupa sos carbonara yang da siap tu. Cukup berlemak. Adik cakap sedap, one of my girlpreng dr GMJ pon kata sedap. Hehehehhehe. Satisfied sangat first try dapat pujian.
Okay jom Cik Kudud share cara nak masak spaghetti carbonara tu ala2 chef Kudud. Cheeeewahhhh.hehehheheeh.

Cara2 :
  1. Rebus spaghetti lebih kurang 20min atau sehingga korang agak2 spaghetti tu da lembut. Jangan lupa letak sedikit minyak and garam.
  2. Bawang Holland, bawang putih and cili padi tadi kupas. Bawang holland potong dadu,bawang putih cincang2 je. Cili potong la kecik2. Ni semua bahan untuk nak menumis yer.
  3. Kemudian masuukan cheese, kacau sehingga cheese cair
  4. Selepas tu masukkan susu segar dan mushroom soup. Kacau sehingga sebati.
  5. Masukkan sosej yang telah dipotong dan sayur brokoli. Masak sehingga mendidih.
  6. Perasakan dengan oregano,lada sulah,lada hitam.
  7. Akhir sekali amek tepung gandum yang telah dibancuh dengan air. Fungsinya untuk memekatkan sos carbonara kita jer. Kacau agak2 da mendidih bole la tutup api tu.


Ni la rupa spagheeti carbonara cik kudud.


SELAMAT MENCUBA  :D


No comments :

Post a Comment